Antara Kita - Videos by Centric Asia Media
Antara Kita-Mengenai by Centric Asia Media
ANTARA KITA adalah satu cerita khas yang direkacipta (designed)  agar menjadi satu bahan pembelajaran dan latihan keusahawanan dan korporat bagi tahap pemulaan perniagaan, perniagaan mikro dan perniagaan kecil yang berdaftar sebagai pemilikan tunggal, perkongsian dan syarikat persendirian (Sdn. Bhd.).

Kisah Ini Didedikasikan Khusus Kepada Sekalian Para Ibu, Bapa Dan Para Pendidik Yang Mendidik Dan Membentuk Generasi,  Juga Kepada  Mereka Yang Berjuang Dalam Ekonomi Sama Ada Pada Skala Yang Kecil, Sederhana Dan Besar. 


Makluman : Isu dan perkara berkaitan undang-undang, kesetiausahaan korporat, perkaunan dan hal ehwal perniagaan yang dipaparkan dalam cerita bukanlah satu nasihat atau saranan, sebaliknya pembaca dan penonton hendaklah merujuk langsung kepada para profesional dalam bidang berkaitan untuk  sebarang khidmat nasihat.

PENAFIAN

WATAK-WATAK dalam kisah ini adalah diinspirasikan daripada kepelbagaian latarbelakang para penggiat ekonomi, namun begitu tidak merujuk secara langsung atau tidak langsung dengan sesiapa, sama ada yang masih hidup atau sudah meninggal dunia.

NAMA PERNIAGAAN DAN SYARIKAT dalam kisah ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan mana-mana perniagaan yang berdaftar dengan SSM, sama ada masih beroperasi ataupun tidak. 


ISU KEKELUARGAAN, PERNIAGAAN DAN KORPORAT dalam kisah ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kena mengena dengan isu atau konflik mana-mana individu dan perniagaan. 


BUDAYA DAN ADAT yang dimuatkan dalam cerita adalah difokuskan kepada budaya Melayu dan agama Islam di Malaysia. 

Oleh itu, sekiranya terdapat sebarang sensitiviti berkaitan budaya, adat  agama, persamaan watak, nama perniagaan, syarikat dan isu, ianya adalah berdasarkan realiti masyarakat dan bukan disengajakan. 

PERNYATAAN KHUSUS BERKAITAN NAMA SYARIKAT DAN PERNIAGAAN

Nama syarikat “ARNAMAYA” , “ZE-TAC” , “KUASA ARENA”, “SAAD & BROTHERS” dan “MAMUBEST” setakat cerita ini disempurnakan pada 23 Julai 2023 tiada persamaan dengan nama syarikat dan perniagaan yang terdapat dalam MyData SSM dan SSM e-info. Justeru sekiranya selepas tarikh 23.7.2023 tersebut terdapat sebarang syarikat dan/atau nama perniagaan yang mendaftarkan nama-nama tersebut, maka kami selaku pencipta nama-nama tersebut dianggap mempunyai hak eksklusif menggunakannya dalam cerita ini. 



SEMOGA ANDA BERJAYA MENGHARUNGI DUNIA PERNIAGAAN DAN KORPORAT ANDA DENGAN JAYANYA! 


© KISAH KORPORAT PLT & RELATED PARTNERS

PEMBANGUNAN KANDUNGAN                                                                                 PENGURUSAN PROJEK
KISAH KORPORAT PLT
(202404000597(LLP0038079-LGN)
GAMBAR WATAK SEKADAR IMPRESI
Copy of Antara Kita-Watak by Centric Asia Media