Ketahui Kaedah-kaedah Efektif Untuk Mengawal Salahguna Kuasa Dalam Perniagaan Dan Perwarisan Saham Syarikat.
Ikuti Taktik Dan Teknik Mentadbir Perniagaan Dan Penyelesaian Masalah.
Selami Watak Dan Karisma Pimpinan Perniagaan.
Bentuk Minda Niaga Dan Amalan Korporat Terbaik.
KISAH KORPORAT ialah projek pembelajaran kendiri ( self learning project) yang digerakkan beberapa tahun yang lalu. Para pendokong projek ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan terlibat secara langsung dalam bidang perniagaan dan amalan hal ehwal korporat. KISAH KORPORAT membentangkan pengalaman dan idea, menerusi CERITA kerana kaedah ini dianggap efektif untuk menyalakan inspirasi dan motivasi, menerapkan ilmu pengetahuan asas, mengajar teknik dan strategi menyelesai sesuatu permasaalahan dan pencetusan minda di kalangan para penonton dan pembaca.
Bagi golongan peniaga, pengarah syarikat, pemegang saham, pelajar, pekerja dan professional, cerita yang berkaitan perniagaan, korporat, perakaunan dan undang-undang mempermudahkan kefahaman terhadap sesuatu subjek yang mereka lalui atau pelajari.
Skrip-skrip cerita dalam projek KISAH KORPORAT ditulis oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam amalam perniagaan dan korporat Malaysia. Ianya disasarkan kepada perniagaan kecil dan sederhana (SME) samada bertaraf perniagaan tunggal (sole proprietorship), perkongsian (partnership) dan syarikat persendirian atau "Sdn. Bhd." (private limited companies).
Cerita-cerita dalam siri KISAH KORPORAT memuatkan isu dan perkara yang berkaitan dengan :-
• PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PERNIAGAAN
• PENTADBIRAN DAN PERUNDANGAN KORPORAT
• PERAKAUNAN DAN KEWANGAN
• SOSIAL BUDAYA DAN PERLAKUAN MANUSIA
• POLA PIKIR
Teknik penceritaan dalam siri KISAH KORPORAT dijangkan mampu mencetuskan :-
1. POLA PIKIR ANALITIKAL
2. POLA PIKIR KREATIF
3. POLA PIKIR KRITIS
4. POLA PIKIR ANTISIPASI
5. SKIL KOMUNIKASI
6. SKIL KEPIMPINAN
7. PENGETAHUAN PERNIAGAAN DAN KORPORAT
8. ETIKA PERNIAGAAN DAN KORPORAT
9. PERUNDANGAN BERKAITAN PERNIAGAAN DAN KORPORAT
KISAH KORPORAT bukanlah perlumbaan untuk menunjukkan siapa paling hebat tetapi untuk berkongsi ilmu (knowledge sharing ) melalui pembelajaran terbuka (open learning).
Kami percaya setiap orang akan mempunyai perspektif yang tersendiri apabila berdepan dengan sesuatu isu dan perkara. Perbezaan ini tergantung kepada pengetahuan, pengalaman, pendirian dan kepercayaan seseorang. Namum dalam konteks pembelajaran, kami hanya berusaha mencetus kreativiti pemikiran dan pola fikir seseorang.
Oleh itu terpulanglah kepada anda untuk memanafaatkan apa yang dipaparkan dalam KISAH KORPORAT untuk meningkatkan kredibiliti dan kapasiti diri anda khususnya dalam mengurus dan mentadbir perniagaan dan syarikat sendiri. Semuga anda berjaya mengharungi dunia perniagaan dan korporat anda dengan jayanya!
CENTRIC ASIA MEDIA Q.A.M.S. CORPORATE SERVICES SDN. BHD.
No. Pendaftaran Perniagaan : 202203015228 (003359966-U) (Company Registration No. 200001019813 (522420-M)
SPECIAL THANKS
KEPADA PELBAGAI PIHAK YANG TELAH MENDOKONG DAN MENYOKONG PROJEK INI SEMENJAK DARI PEMBANGUNANNYA SEHINGGA SEKARANG
No. 49, Tingkat 1, Jalan Todak 4, Pusatbandar Seberang Jaya. 13700 Perai. Pulau Pinang.
Tel : 04-399 3489 Email : info@centricasia.com
KISAHKORPORAT © Centric Asia Media (202203015228 (003359966-U))